facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

KANTOI ! Pekerjaan Sebenar Pengantin Lelaki Rupanya Bukan Pengawal Keselamatan ! Rupanya..




Gambar yang tersebar dipercayai pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang terlibat.
KUALA LUMPUR - Meskipun penjelasan dari pihak sebelah perempuan yang memetik kenyataan dari Imam Masjid Khadijiah telah dikongsikan, namun netizen masih juga tidak percaya dan menyalahkan pihak pengantin perempuan. 
Ekoran itu, tampil ibu saudara dan kenalan rapat pengantin perempuan memberikan penjelasan dan menafikan laporan awal Kosmo! yang kononnya pengantin lelaki tidak bersalah. 

"Begini, soal yang bergaduh itu sebenarnya bukan kerana duit hantaran. Punca sebenar pergaduhan itu adalah kerana mas kahwin.
"Nak kahwin tetapi mas kahwin pun tak ada, kau rasa? Selepas itu, bila sebelah perempuan ini bertanya, dia pula (pengantin lelaki) boleh pula memaki hamun mak ayah pengantin perempuan. Tak ke kurang ajar? 

"Imam masjid pun cakap, puncanya sebab dia (pengantin lelaki) yang bercakap kurang ajar terlebih dahulu. Dia yang ajak bergaduh dulu. Takkanlah sebelah perempuan nak tengok sahaja kan?" kata Azrah Ayu Ohtman.

Menurut saudara rapat pengantin perempuan, Wanie Azwani, berkata, bukan sahaja mas kahwin tidak disediakan, malah lelaki itu sendiri sebenarnya tidak bekerja. 

"Kami bertanya tentang duit mas kahwin, lelaki itu boleh cakap tak ada. Tak terperanjat dibuatnya? Isu baki RM5,000 itu memang kami sudah berbincang sebelum ini dan bertolak ansur. Ini mas kahwin pun dia tak ada, apa cerita? Lepas itu, nak bersikap kurang ajar lagi?
"Nak kahwin sebab suka sama suka. Sebab itu pengantin perempuan rahsiakan yang lelaki ini tak bekerja dan kaki pukul orangnya. Tetapi Allah bukakan mata dia di masjid itu dengan menunjukkan lelaki itu tidak hormat pada ibubapanya. 

"Sambil menangis, pengantin perempuan meminta pernikahan itu dibatalkan tanpa hasutan dari mana-mana pihak walaupun persiapan semua telah disiapkan," kata Wanie. 

Video Penuh KLIK SINI

AKAD NIKAH: CIUM MULUT, GAUN SEKSI - NORA DANISH DIKECAM & DIKRITIK



AKAD NIKAH: CIUM MULUT, GAUN SEKSI - NORA DANISH DIKECAM & DIKRITIK

Pelakon Nora Danish yang selamat bergelar isteri kepada Nedim Nazri semalam telah menerima kecaman serta kritikan gara-gara bercium mulut dan berpakaian seksi di majlis pernikahan.
Ini kerana bagi mereka, perbuatan ciuman mulut yang berdurasi sedetik lebih di antara Nora dan juga suaminya, tanda luahan rasa cinta dan sayang itu kurang manis apatah lagi ia disaksikan anak-anak mereka sendiri.
Selain ciuman, gaun pengantin Nora turut menarik perhatian ramai apabila pakaian tersebut kelihatan agak terdedah dan jarang.
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Nora telah tampil dengan gaun pengantin yang menggunakan material nipis, sebahagian tubuhnya hanya ditutupi dengan kain renda.
Lebih panas lagi apabila tersebarnya gambar sisi belakang gaun itu yang menampakkan sebahagian tubuhnya yang hanya dilapisi dengan kain jarang.
Dengan itu, ramai yang berpendapat baju itu tidak menepati ciri-ciri agama Islam dan tidak sesuai untuk majlis akad nikah. Bukan itu sahaja, malah sampai ada yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati Islam.
Bagaimanapun rata-rata peminat berasa kecewa dengan majlis terbabit yang dilihat lebih mengamalkan cara barat setelah lama menantikan pasangan ini naik ke jinjang pelamin.
Malah keseluruhan majlis terbabit juga turut dikritik hebat apabila meja nikah yang diduduki Nedim bersama kadi juga dipenuhi lilin yang dilihat seperti majlis perkahwinan di gereja.
Sebelum ini, pasangan yang yang sama-sama mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu itu asyik kena kritik apabila ke hulur ke hilir bersama tanpa ikatan sah.
Mungkin Nora sendiri menyedari kesannya apabila tampil begitu, namun mungkin juga beliau sudah malas hiraukan kata-kata negatif peminat.
Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dalam meniti hari sebagai pasangan suami isteri. Malah Nora sendiri pernah menyatakan harapan agar perkahwinan kali ini adalah yang terakhir.


(VIDEO) Tindakan Ibu Ini Tanam Bayi Perempuan Hidup-Hidup Jadi Kecoh !!!







Inikah Balasan Abang Sampai Abang Sanggup Lacurkan Saya !! - Kisah Benar








Punca Sebenar Wanita Terberak Dalam Kelab Malam Zouk




Di laman media sosial, beberapa keping gambar menjadi tular kekecohan yang berlaku di sebuah kelab berikutan seorang wanita telah ‘tercirit’ ketika dalam kelab berkenaan.
Teman lelaki gadis tercirit di dalam kelab menceritakan detik ‘cemas’ sebelum kejadian.
“Ketika sedang berada di meja bar, tiba-tiba beliau datang kepada saya yang sebelum itu beliau menari bersama rakan lain. Tiba-tiba, hinggalah hampir ke semua pengunjung kelab tersebut keluar kerana tidak tahan dengan baunya”.
Namun, tidak diketahui bila kejadian tersebut berlaku.
Foto: Blogspot.my

Bagaimanapun, memetik sumber internet, bekas teman lelaki wanita itu telah meletakkan sejenis ubat dalam minuman mangsa.
Mangsa yang tidak menyedari perbuatan bekas teman lelakinya itu, terus minum minuman berkenaan menyebabkan mangsa tercirit tanpa sedar.

Foto: Blogspot.my
Mangsa pada mulanya hanya terasa basah di bahagian punggungnya dan terkejut apabila mengetahui dirinya tercirit tanpa sedar.
Difahamkan lagi, bekas teman lelakinya berbuat demikian kerana berang dengan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga di belakangnya.

AKSI Pramugari TERKANTOI...Tak Perasan Hp Dalam Keadaan Live !!









Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin




Apa perasaan anda, setelah bertahun-tahun menyemai kasih menabur rasa cinta, menyulam rindu tiba-tiba, kekasih hati berkahwin dengan orang lain?

Itulah yang dirasakan oleh lelaki dalam foto di atas. Gara-gara terlalu sebak mengenangkan kenangan-kenangan lalu, dia memeluk erat bekas bekas kekasihnya sambil menangis.

Menurut anda, apa perasaan jika sudah bertahun-tahun bercinta namun akhirnya harus merelakan kekasih berkahwin dengan orang lain?

Patah hati, sedih, keliru, marah, mungkin itu yang akan dirasakan. Semuanya bercampur aduk menjadi satu dan mungkin inilah yang dirasakan lelaki di dalam foto tersebut.

Ya, dia seperti sedih dirinya harus menyaksikan bekas kekasihnya dipinang oleh lelaki lain. Ini dapat terlihat dari foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Aneverwin, pada 26 Februari 2017 lalu, diolah dari TribunnewsBogor.com.

Aneverwin memeluk erat bekas kekasihnya ketika berada di pelamin. Tidak hanya Aneverwin, bekas kekasih perempuan turut merasakan kesedihan. Bekas kekasihnya itu dilihat mengusap air matanya usai berpelukan dengan bekas kekasih.

“Bertahun-tahun bercinta. Akhirnya disunting orang lain”. Begitulah bunyi kapsyen foto tersebut.

Netizen yang memberi reaksi pada foto ini turut rasa sedih. Ada yang mengaku hampir menangis melihatnya.

“Sedih sekali, jangan ikut menangis juga,” tulis Izmi Ziwe Zumi.

Sementara netizen lainnya cuba untuk memberi semangat kepadanya.

“Sabar, jodoh di tangan yang maha kuasa. Kita menjalani Allah yang menentukan. Cubaaan semua ada hikmah,” tulis Muh Ridho.

“Jejaka ini hatinya mulia, jaga jodoh orang. Tetaplah ikhlas agar dapat pahala,” komen MMas.

“Aku juga bercinta 9 tahun tapi berkahwin dengan orang lain. Juga bukan jodoh,” komen Waode Mastiaty.



INILAH PUNCA ADI PUTRA CERAIKAN KEDUA ISTERINYA...AMAT MENGEJUTKAN!!!




Menerusi satu posting yang baru dimuat naik, Adi Putra menjelaskan bahawa beliau telah berpisah dengan kedua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

“Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida). Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi”

“Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih,” tulisnya di akaun Instagram selepas desas-desus pergolakan rumah tangga beliau tempoh hari.

Manakala baru-baru ini pula, ada laporan mengatakan Adi telah membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan isteri pertamanya pada awal Mac lalu. Hasrat itu bukanlah kali pertama berlaku, malah jelasnya lagi keputusan itu telah dibuat secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Terdahulu Adi dan Aida telah berkahwin pada 14 April 2006 dan telag dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga. Manakala pada Jun lalu, Adi telah berkahwin sekali lagi dengan Shahida. Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila Aida tidak mengetahui perkara berkenaan. (rtky/w)



Baru Sehari Je Kahwin, Ini Komen Nora Danish Lepas Jadi Isteri Nedim!!




Sememangnya majlis pernikahan berlangsung dengan sederhana tetapi amat eksklusif dan meriah.Majlis ini dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.
Bergelar isteri kepada Nedim, ini komen dari Nora Danish:
“Saat yang saya impikan sudah jadi kenyataan dengan terjadinya penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu saat-saat untuk disatukan dengan Nedim.
“Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,”
“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.
“Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana ia lebih peribadi dan intim,”
“Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa.
“Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami,”Ini perkahwinan kali kedua buat kedua-dua mereka. Semoga berbahagia selalu.